Pengenalan

Daerah Kanowit, Sarawak

Daerah Kanowit yang terletak di pinggir sungai terpanjang di negeri Sarawak iaitu Sungai Batang Rajang. Daerah Kanowit boleh dihubungi melalui jalan darat dan juga sungai. Sungai aktif digunakan terutamanya bagi penduduk yang tinggal di pendalaman yang sering berurusniaga hasil cucuk tanaman mereka.

Sejarah Penubuhan Hospital Kanowit

Pada tahun 1980 – 1984

Pada tahun 2001 – 2011

Hospital Kanowit telah dibina pada 1982 dan mula beroperasi pada 16.2.1984. Pada tahun tersebut, Hospital Kanowit hanya mempunyai jumlah tenaga kerja sebanyak 182 orang.

Hospital Kanowit menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk-penduduk yang tinggal di sekitar kawasan pendalaman, rumah-rumah panjang dan juga perkampungan yang mana termasuk
di dalam kawasan operasi Hospital Kanowit.

Hospital Kanowit juga turut menerima kes-kes yang dirujuk dari klinik-klinik dan juga pusat-pusat kesihatan berdekatan.

Secara umumnya diagnosa dan perawatan awal dari segi ubat-ubatan di kendalikan oleh Pegawai Perubatan. Bagi kes-kes yang memerlukan rawatan pakar akan di rujuk kepada Hospital Sibu dan Hospital Umum Sarawak.